Harga bermula RM1.85 juta, Azhar Sulaiman jual plat kereta ‘MAF14′

Entertainment
23 Aug 2023 • 6:17 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PLAT kereta milik pelakon Azhar Sulaiman pernah hangat diperkatakan di laman sosial.

Gabungan angka dan nombor yang dibaca ‘Mafia’ unik terpasang pada Nissan Murano itu pernah tular sehingga menjadi bualan ramai.

Dalam perkembangan terkini, Azhar menyuarakan ingin menjual nombor pendaftaran berkenaan dengan bidaan bermula RM1.85 juta.

Arkitek dan pereka berusia 52 itu memaklumkan hasratnya menerusi hantaran yang dibuat di laman sosial Instagram dan TikTok baru-baru ini.

image is not available

“Satu-satunya gelaran MAFIA untuk dilepaskan.

“Bidaan bermula pada harga RM1.85 juta.

“Jika anda mafia sejati, telefonlah kalau berani.

Difahamkan, bidaan tersebut akan berakhir pada pukul 12 tengah malam, 24 Ogos 2023.

image is not available

Dalam hantaran yang sama, suami kepada Chempaka Emalin itu mempamerkan nombor telefon untuk dihubungi bakal pembeli yang berminat.

Sebagai bukti, Azhar atau mesra membahasakan diri sebagai Behar turut mengemukan bukti sebagai pemilik dengan berkongsi gambar memegang keratan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan foto kenderaan yang menggunakan plat tersebut.

image is not available

Warga maya menyokong tindakan Azhar meletakkan harga tinggi memandangkan keunikan plat berkenaan.

Ujar mereka:

– “1.85m worth every penny. A number full of 1,000 meaning.”

– “2006 selalu nampak di Bangsar, gerun rasanya sebelum tahu siapa pemiliknya.”

– “Berbaloi untuk harga tu, sebab entiti pada nama itu boleh guna semua dan difahami.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!