​​​​Harga Bitcoin Naik Lebih AS$116,000 Untuk Pertama Kali Dalam Sejarah 

WorldBusiness & Finance
11 Jul 2025 • 5:36 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Harga Bitcoin Naik Lebih AS$116,000 Untuk Pertama Kali Dalam Sejarah

MOSCOW, 11 Julai (Bernama) — Harga bitcoin telah meningkat melebihi AS$116,000 buat kali pertama dalam sejarah, menurut data dagangan pertukaran mata wang kripto Binance, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Menurut Data Pasaran Binance, Bitcoin (BTC) melepasi penanda aras 116,000 USDT dan kini didagangkan pada 116,322.71875 USDT, dengan peningkatan 4.69 peratus dalam 24 jam,” menurut satu kenyataan di laman web Binance.

Pada pertukaran mata wang kripto Bitmex, bitcoin mencecah paras tertinggi (ATH) baharu sepanjang masa, secara ringkas meningkat melebihi AS$117,000 untuk mencapai AS$117,614.

Sumber: Bernama