Pakai Tudung Nampak Rambut Dan Leher, Qasrina Karim Minta Maaf

EntertainmentLifestyle
11 Jul 2025 • 2:53 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia qasrina Karim

Pelakon berbakat, Qasrina Karim akhirnya tampil memohon maaf kepada peminat selepas dirinya menerima teguran gara-gara penampilan yang tidak menutup aurat sepenuhnya dalam satu video TikTok yang dimuat naik oleh pelakon lelaki, Meerqeen baru-baru ini.

Menurut laporan Oh Bulan, Qasrina kelihatan hanya mengenakan selendang hitam, namun sebahagian rambut dan lehernya kelihatan terdedah, sekali gus mengundang kritikan dan teguran daripada para peminat di ruangan komen.

“Saya sedang makeup, tapi itu bukan alasan” – Qasrina Karim

image is not available

Mengulas lanjut tentang insiden itu, Qasrina yang kini berusia 29 tahun mengakui kesilapan tersebut dan menyatakan dia ketika itu sedang bersiap untuk penggambaran, termasuk dalam proses solekan.

Ketika itu saya sedang bersiap, sedang ‘makeup’. Pada saya normal melonggarkan sedikit tudung sebab nak memudahkan proses ‘makeup’.

Namun begitu, dia tidak menafikan bahawa kesilapan tetap berlaku dan tidak seharusnya dijadikan alasan.

Saya percaya itu bukan alasan untuk tidak perasan terdedahnya sedikit aurat saya.

Akan lebih berhati-hati lepas ini

image is not available

Mengambil teguran peminat secara positif, Qasrina turut menyatakan komitmennya untuk lebih peka terhadap penampilannya di masa akan datang.

Saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang, terima kasih yang ambil berat dan titip nasihat.

Pssttt! Kesilapan adalah ruang untuk belajar dan memperbaiki diri. Bila ditegur dengan ikhlas, terimalah dengan hati terbuka, semoga jadi pengajaran buat semua.

Kredit: Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.