Harga BMW X3 20 xDrive M Sport 2025 Diumum, Cuma Berharga RM320,800

LocalCars
25 Jun 2025 • 11:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selepas penampilan sulungnya di My BMW World 2025 pada awal bulan , BMW Group Malaysia akhirnya mengumumkan harga runcit bagi model serba baharu BMW X3 20 xDrive M Sport 2025, sebentar tadi.

Ia merupakan satu-satunya varian yang dipasang secara tempatan (CKD) bagi generasi keempat.

Mengenai harga, BMW X3 ini ditawarkan pada harga RM320,800, termasuk waranti kenderaan standard selama 2 tahun serta sokongan BMW Roadside Assistance, Accident Hotline dan BMW Service Online.

Sekiranya anda memilih pakej BMW Service & Repair Inclusive (BSRI) yang merangkumi waranti lanjutan dan pakej servis selama 5 tahun, harganya meningkat kepada RM348,700.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, X3 generasi keempat ini hanya hadir dalam satu varian.

image is not availableimage is not available

BMW X3 20 xDrive M Sport dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder 2.0 liter dengan teknologi hibrid ringkas 48 volt, dimana ia mampu menghasilkan kuasa gabungan 140 kW (190 hp) dan 310 Nm.

Dipadankan dengan transmisi Steptronic lapan kelajuan, sistem pacuan semua roda xDrive menggantikan pacuan roda belakang model sebelum ini, untuk kuasa cengkaman dan kestabilan yang lebih baik dalam pelbagai keadaan jalan.

image is not available

SUV ini mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam 8.5 saat dan mencapai kelajuan maksimum 215 km/j.

Menjengah bahagian luarannya, BMW X3 ini didatangkan secara standard dengan beberapa kelengkapan M Sport termasuk kit badan sporty, gril LED BMW Iconic Glow, rim M Sport dua tona bersaiz 19 inci, dan banyak lagi.

image is not availableimage is not available

Biarpun ia hadir dengan penampilan M Sport, namu suspensi M Sport mahupun suspensi adaptif tidak disertakan pada spesifikasi pasaran tempatan.

Melihat kabinnya, ia menampilkan reka bentuk minimalis tetapi beraura mewah dengan penggunaan bahan berkualiti tinggi. Antara yang menarik perhatian ialah skrin melengkung BMW Curved Display tanpa bingkai yang menggabungkan kluster instrumen 12.3 inci dan paparan kawalan 14.9 inci, sedikit condong ke arah pemandu. Sistem ini boleh dihubungkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay.

image is not available

Kelengkapan menarik lain ialah papar pandu (HUD) BMW, ruang pengecasan tanpa wayar sehingga 15W dengan pencahayaan LED, kamera ruang kabin, pendingin hawa automatik tiga zon dan karpet velour.

image is not availableimage is not available

Untuk simpanan barangan, kapasiti ruang bagasi ialah 570 liter, boleh diperluas sehingga 1,700 liter.

Dari segi keselamatan, X3 baharu ini dilengkapi secara standard dengan pelbagai sistem bantuan pemandu canggih seperti Driving Assistant Plus yang merangkumi amaran pertukaran lorong dengan campur tangan stereng aktif, amaran perlanggaran hadapan dengan brek automatik, bantuan mengelak kenderaan, penunggang basikal dan pejalan kaki, amaran pusingan kiri dengan fungsi brek, paparan had laju dengan indikator larangan memotong, serta amaran keletihan pemandu.

BMW X3 20 xDrive M Sport boleh didapati dalam beberapa pilihan warna termasuk Alpine White, Black Sapphire, Dune Grey dan Tanzanite Blue.

image is not available

Bagi warna kabin, kemasan yang ditawarkan ialah upholsteri Veganza berpori (perforated) dalam warna hitam dan coklat (Espresso Brown).

Untuk maklumat lanjut mengenai BMW X3 20 xDrive M Sport Baharu dan BMW 320i Sport Baharu, layari aman web BMW Malaysiadi https://www.bmw.com.my/en/index.html