Harga Diesel Di Semenanjung Naik 70 Sen, RON97 & RON95 Tanpa Subsidi Naik 40 Sen

LocalBusiness & Finance
8 Apr 2026 • 8:27 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Harga Diesel Di Semenanjung Naik 70 Sen, RON97 & RON95 Tanpa Subsidi Naik 40 Sen

Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bahawa harga runcit bagi diesel di Semenanjung naik sebanyak 70 sen kepada RM6.72 seliter berkuat kuasa bagi tempoh 9 April hingga 15 April 2026.

Manakala harga petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing dinaikkan sebanyak 40 sen kepada RM5.35 seliter dan RM4.27 seliter.

Sementara itu, kerajaan mengekalkan harga RON95 (BUDI95) pada harga RM1.99 termasuk diesel di Sabah Sarawak dan Labuan pada RM2.15 seliter.

"Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) pada harga subsidi RM2.05 seliter dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) di bawah harga subsidi RM2.15 seliter," maklum kenyataan itu.

Walaupun terdapat penurunan harga minyak mentah global hari ini berikutan gencatan senjata, kesannya tidak serta-merta diterjemahkan kepada penurunan harga runcit bahan api di Malaysia.

Ini kerana harga pam di negara ini ditentukan berdasarkan purata harga petrol dan diesel minggu sebelumnya dan bukan harga semasa hari ini.

Sehubungan itu, harga semasa masih mencerminkan kos bekalan yang tinggi sepanjang tempoh lima minggu lalu ketika pasaran global berada pada paras yang lebih tinggi yang telah mencecah sekitar AS$150 setong bagi produk petrol dan AS$250 setong bagi produk diesel.

Secara tidak langsung, perkara ini terus mempengaruhi harga runcit di negara ini.