Harga diesel di Semenanjung turun 5 sen mulai esok

7 Aug 2024 • 6:52 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 7 OGOS: Harga runcit bagi diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak lima sen kepada RM3.30 seliter manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter bermula esok hingga 14 Ogos ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penetapan harga runcit diesel untuk Semenanjung Malaysia pada RM3.30 seliter adalah selaras dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.

Turut dikekalkan harga runcit petrol RON97 dan RON95 iaitu masing-masing pada paras RM3.47 dan RM2.05 seliter.

MOF berkata kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved