Harga Diesel Di Semenanjung Turun 5 Sen Mulai Esok Hingga 14 Ogos

LocalBusiness & Finance
7 Aug 2024 • 7:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Harga Diesel Di Semenanjung Turun 5 Sen Mulai Esok Hingga 14 Ogos

Harga runcit diesel di Semenanjung turun sebanyak lima sen bermula dari tengah malam ini sehingga 14 Ogos nanti.

Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, penurunan berkenaan adalah seiring dengan penurunan harga minyak dunia ketika ini.

“Penetapan harga runcit diesel untuk Semenanjung Malaysia pada RM3.30 seliter adalah selaras dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” ujar kenyataan itu.

Sebelum ini, harga diesel bagi Semenanjung ditetapkan pada RM3.35 sen bagi tempoh 1 hingga 7 Ogos lepas.

Bagaimanapun, harga runcit diesel bagi Sabah dan Sarawak pula kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa harga runcit bagi RON97 dan RON95 masing-masing dikekalkan pada paras RM3.47 serta RM2.05 seliter pada tempoh sama.