Harga diesel naik 10 sen bagi tempoh 21 hingga 27 Mei kepada RM4.97 seliter

LocalBusiness & Finance
20 May 2026 • 7:30 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Harga diesel naik 10 sen bagi tempoh 21 hingga 27 Mei kepada RM4.97 seliter Image from: Harga diesel naik 10 sen bagi tempoh 21 hingga 27 Mei kepada RM4.97 seliter amree20/05/2026 - 19:30 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 20 Mei – Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia naik 10 sen kepada RM4.97 seliter bagi tempoh 21 hingga 27 Mei 2026, kata Kementerian Kewangan.


Kementerian tersebut menambah, penetapan harga itu selaras dengan pelaksanaan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), berikutan situasi harga minyak mentah di pasaran global.


“Selain diesel, harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi turut dinaikkan 20 sen kepada RM4.07 seliter, manakala RON97 meningkat 15 sen kepada RM4.85 seliter,” kata kementerian.


 

diesel_DagangNews


Kerajaan menjelaskan harga bahan api masih kekal tinggi berbanding paras sebelum gangguan geopolitik di Timur Tengah, apabila minyak mentah kini berada sekitar AS$100 setong berbanding AS$70 sebelum konflik.


Kementerian Kewangan turut memaklumkan peningkatan kos logistik dan insurans susulan risiko gangguan di laluan strategik seperti Selat Hormuz terus memberi tekanan kepada harga minyak global.


Dalam masa sama, kerajaan mengekalkan harga subsidi bersasar bagi mengurangkan kesan kos sara hidup, termasuk RON95 (BUDI95) pada RM1.99 seliter, diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pada RM2.15 seliter, serta harga bawah skim SKPS dan SKDS.


Kerajaan MADANI dalam kenyataannya berkata pendekatan berhemah akan terus diambil bagi memastikan kebajikan rakyat terpelihara di samping menjamin kestabilan fiskal negara serta bekalan bahan api yang mencukupi. - DagangNews.com

Terkini standard