Harga diesel, RON95 turun 5 sen

LocalCars
2 Sep 2026 • 6:26 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Harga diesel, RON95 turun 5 sen

PUTRAJAYA: Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh 3 hingga 9 September turun sebanyak 5 sen iaitu daripada RM4.72 kepada RM4.67 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, sementara itu, RON95 juga turun sebanyak 5 sen daripada RM3.82 kepada kepada RM3.77 seliter.

Sementara itu, RON97 juga turun 5 sen daripada RM4.30 kepada RM4.25 seliter.

Katanya, penurunan ini mencerminkan harga minyak mentah dunia yang diniagakan pada paras lebih rendah bagi sebahagian besar tempoh pengiraan harga Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Namun, harga meningkat semula pada penghujung tempoh berikutan peningkatan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

“Walaupun harga minyak mentah Brent telah menyederhana daripada paras puncak konflik Asia Barat, pasaran produk petroleum bertapis dunia kekal ketat berikutan gangguan aliran petroleum melalui Selat Hormuz, penyusutan kapasiti penapisan di beberapa negara serta sekatan eksport bahan api.

“Faktor-faktor ini dijangka terus menyebabkan turun naik harga dalam tempoh terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Kementerian Kewangan berkata, China telah mula melonggarkan sekatan eksport produk petroleum
bertapis yang diperkenalkan sejak Mac 2026.

“Walaupun eksport kembali meningkat mulai Julai, bekalan beberapa produk petroleum ke pasaran serantau masih belum
kembali sepenuhnya ke paras sebelum konflik.

“Kerajaan akan terus melindungi rakyat dan perniagaan daripada kesan ketidaktentuan global ini, termasuk dengan mengekalkan subsidi bersasar Budi Madani bagi pengguna yang layak,” jelasnya.

Untuk maklumat, mulai 1 September, had kelayakan asas bulanan Budi95 dan Budi Diesel telah dinaikkan semula kepada 300 liter.

Pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak turut menerima tambahan 100 liter, menjadikan jumlah kelayakan
sehingga 400 liter sebulan. – UTUSAN

The post Harga diesel, RON95 turun 5 sen appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved