Harga Diesel Singapura Cecah Rekod Baharu, Melepasi Paras SG$4.13 Seliter

LocalBusiness & Finance
31 Mar 2026 • 2:37 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

SINGAPURA – Harga diesel di Singapura melonjak melepasi paras ambang SG$4 pada Isnin, mencecah SG$4.13 seliter bagi kebanyakan peruncit bahan api di republik itu.

Ini merupakan harga diesel tertinggi pernah direkodkan di republik itu susulan gangguan bekalan minyak mentah akibat konflik yang berterusan di Asia Barat.

Menurut laman sesawang pemantauan harga bahan api motorist.sg, harga diesel berada antara SG$3.73 dan SG$3.93 seliter pada 27 Mac lepas sebelum meningkat kepada antara SG$3.72 dan SG$4.13 pada Isnin.

Sementara itu, harga RON95 kekal stabil di seluruh republik itu dalam lingkungan antara SG$3.30 dan SG$3.42 seliter sejak beberapa hari lalu apabila minyak mentah Brent menunjukkan trend sedikit menurun.

Pada 10 pagi Selasa, harga penanda aras minyak mentah Brent turun 1.19 peratus kepada AS$111.4 setong.

The post Harga Diesel Singapura Cecah Rekod Baharu, Melepasi Paras SG$4.13 Seliter appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved