Harga diesel turun 75 sen kepada RM5.97 bagi tempoh 16-22 April 2026

LocalBusiness & Finance
15 Apr 2026 • 6:55 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Harga diesel turun 75 sen kepada RM5.97 bagi tempoh 16-22 April 2026 Image from: Harga diesel turun 75 sen kepada RM5.97 bagi tempoh 16-22 April 2026 amree15/04/2026 - 18:55 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 15 April – Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia mencatat penurunan ketara sebanyak 75 sen kepada RM5.97 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 April 2026, menjadikannya antara penurunan mingguan terbesar setakat ini.


Dalam masa sama, harga runcit petrol turut diturunkan sebanyak 25 sen seliter, dengan RON95 kini pada RM4.02 seliter manakala RON97 pada RM5.10 seliter.

 

 

 

 

 


Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, pelarasan harga ini dibuat selaras dengan pelaksanaan formula 'Automatic Pricing Mechanism' (APM) yang mengambil kira penurunan harga pasaran minyak mentah antarabangsa.

 

solar


Kerajaan dalam pada itu katanya, akan terus memantau rapat perkembangan semasa, khususnya konflik berpanjangan di Timur Tengah yang berpotensi memberi kesan kepada pasaran tenaga global.

 

 

 

 

 

 


Selain itu, usaha akan diperkukuh bagi memastikan keterjaminan bekalan bahan api negara serta melindungi rakyat dan ekonomi daripada kesan penuh gangguan rantaian bekalan. - DagangNews.com

Terkini featured standard