Harga RON97, RON95 & Diesel Turun

LocalBusiness & Finance
15 Apr 2026 • 7:10 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Harga RON97, RON95 & Diesel Turun

Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan harga baharu produk petrol dan diesel di Malaysia berkuat kuasa dari tempoh 16 April hingga 22 April.

Menerusi satu kenyataan, MOF berkata harga runcit RON97 dan RON95 turun 25 sen seliter. Ia menjadikan harga RON97 daripada RM5.35 seliter kepada RM5.10 seliter dan RON95 daripada RM4.27 seliter kepada RM4.02 seliter.

Manakala, diesel di Semenanjung pula turun sebanyak 75 sen seliter dengan harga terbaru RM5.97 seliter.

Image from: Harga RON97, RON95 & Diesel Turun
Kredit: MOF

"Selaras dengan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), untuk minggu ini, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia dan harga runcit petrol RON95 dan RON97 diturunkan berikutan penurunan harga pasaran antarabangsa.

"Dengan konflik di Asia Barat yang berlarutan, Kerajaan akan terus memantau rapi perkembangan semasa dan mengambil langkah bagi memastikan keterjaminan bekalan bahan api, di samping melindungi rakyat serta sektor ekonomi daripada impak penuh gangguan rantaian bekalan," kata MOF.

Baca juga:

Menurut MOF, kerajaan masih mengekalkan harga bersubsidi secara bersasar kepada rakyat dan sektor tertentu seperti:

  1. RON95 (BUDI95) - RM1.99 seliter

  • Diesel (Sabah, Sarawak dan W.P Labuan) - RM2.15 seliter

  • Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) - RM2.05 seliter

  • Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) - RM2.15 seliter

  • Dalam kenyataan itu juga, MOF berkata kerajaan telah meningkatkan bantuan tunai tambahan BUDI Diesel kepada RM400 sebulan bagi April 2026 bagi mengurangkan kesan kenaikan harga minyak global terhadap rakyat serta memastikan kelangsungan pengeluaran makanan dan rantaian bekalan.

    Ia melibatkan 350,000 penerima BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi dengan tambahan dana RM35 juta sebulan.

    "Ini merupakan kali kedua bantuan tersebut dinaikkan susulan tekanan pasaran petroleum global, selepas peningkatan daripada RM200 kepada RM300 pada Mac 2026," katanya.