“Harga diri mama mana?” – Anak Buntu Nak Tegur Ibu Berhenti Jadi ‘Penyondol’ Suami Orang

Entertainment
21 Aug 2022 • 10:17 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kisah mengenai penganggu rumah tangga atau juga dikenali sebagai penyondol rasanya sudah tak asing lagi didengari. Min cuma doakan tiada di antara kita semua yang menjadi mangsa atau menjadi sendiri orang yang menganggu rumah tangga orang lain.

Bercakap mengenai isu ini, pada minggu lalu, kecoh di laman sosial Twitter mengenai satu perkongsian seorang anak yang sudah buntu mahu menegur sikap ibunya yang difahamkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang.

image is not available
Gambar hiasan

Dikongsikan secara anonymous menerusi satu akaun Twitter, si anak meluahkan rasa buntunya dan meminta pandangan orang ramai bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya berkaitan ibunya yang sedang bercinta dengan suami orang.

“Aku cuma sedih sangat mamaku punya pacar tapi pacarannya sama suami orang. Mamaku tak pernah dengar kalau diberitahu. Macam mana nak handle ni? Jujur penat sangat,” kongsi si anak.

Menerusi satu screenshot WhatsApp yang dikongsikan, si anak difahamkan mengamuk selepas mengetahui ibunya dari pagi pergi menemani kekasihnya yang juga berstatus suami orang ke pejabat polis dimana lelaki itu bekerja.

image is not available

“Si pacarnya lain orang sini. Ditelepon juga gak diangkat. Kalian pernah gak punya masalah gini?” luah si anak.

Difahamkan, si anak yang geram telah memarahi ibunya dengan mengirimkan beberapa mesej menerusi aplikasi WhatsApp. Jelasnya lagi, dia dan ibunya juga sering bergaduh kerana hal ini.

Korang boleh baca mesej WhatsApp penuh tu kat bawah:

image is not available

Sumber: @Askrlfess

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.