Harga Disney+ Hotstar Kini Dikemaskini – Bermula RM24.90 Sebulan

TechnologyDigital
24 Apr 2024 • 4:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Disney+ Hotstar hari ini telah mengemaskini penawaran perkhidmatan penstriman di Malaysia. Bermula hari ini, Disney+ Hotstar boleh dilanggan pada harga RM24.90 sebulan. Ini boleh dikatakan peningkatan agak drastik berbanding RM54.90 untuk tiga bulan sebelum ini.

image is not available

Dibawah pelan ini, pelan asas ditawarkan pada harga RM24.90 sebulan atau RM214.90 setahun. Pelan asas ini menawarkan kebolehan mencipta sehingga 7 profil, dan boleh ditonton pada hanya satu skrin pada sesuatu masa, dengan had resolusi sehingga 1080p.

Selain pelan asas, Disney+ Hotstar kini turut hadir dengan pelan Premium, pada harga RM39.90 sebulan, atau RM79,90 untuk tiga bulan, atau RM289.90 untuk setahun. Pelan ini hadir dengan kebolehan tonton menggunakan 3 skrin pada sesuatu masa, dan sokongan resolusi 4K.

image is not available

Dengan perubahan harga ini, mungkin kini ramai yang akan berkira-kira dalam menguruskan langganan perkhidmatan penstriman. Bagi anda sendiri, adakah anda akan kekal melanggan Disney+ Hotstar?

View Original Article