Harga Emas Hari Ini – Cara Semak Harga Emas

Business & FinancePersonal Finance
24 Dec 2025 • 7:14 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Harga emas hari ini mencecah RM645.85 sen segram, sekaligus memecahkan rekod tertinggi sebelum ini iaitu sekitar RM463 per gram pada Mac yang lalu. Untuk melihat harga emas hari ini dan kadar semasa, anda boleh semak di https://live.hargaemas.my, www.arrahnuyapeim.net/ dan beberapa portal lain.

Sekiranya anda berminat membuat pelaburan dan instrumen emas, anda mestilah mengetahui harga emas hari ini bagi memastikan anda dapat memaksimumkan keuntungan dan mengurangan risiko.

Seperti mana instrumen pelaburan lain, harga emas juga menyaksikan trend penurunan turun dan naik harganya pada setiap hari.

image is not available

Paling penting, pastikan anda membuat urusan jual-beli emas anda di penjual atau agen yang dipercayai sahaja kerana pelaburan emas juga merupakan lubuk buat scammer atau penipu menjalankan kegiatan penipuan mereka terutamanya bagi pelabur yang tidak cakna akan hal ini.

Pelaburan emas biasanya digalakkan untuk individu yang ingin membuat pelaburan jangka masa panjang dan sanggup menuggu apabila ingin menukarkan kepada wang kerana emas tidak mudah dicairkan.

Perbezaan Kadar Emas Semasa Ar Rahnu

image is not available

Apabila anda melihat kadar emas semasa, anda perlu memerhatikan beberapa perkara:

  1. Unit – Sama ada harga per gram, auns, kilogram dan sebagainya
  2. Gred – Sama ada harga yang dinyatakan untuk emas 999, 950, 916, 875 sebagainya

Paparan di atas merupakan contoh harga emas hari ini (24 Disember 2025 yang dikongsikan oleh Ar-Rahnu YaPEIM yang dibezakan mengikut gred emas dan harganya dinyatakan untuk setiap gram emas.

Kesilapan kecil seperti tersilap melihat gred emas dan unit harga yang dipaparkan akan menyebabkan anda kerugian besar dalam pelaburan emas.

Harga Emas Hari Ini

Berdasarkan semakan di https://live.hargaemas.my, harga emas hari ini ialah RM586.607 pergram, berbanding semalam RM587.87 pergram.

image is not available

image is not available

Cara Semak Harga Emas Terkini

Seperti yang dimaklumkan di atas, harga emas berubah setiap hari dan cara terbaik untuk mendapatkan harga emas hari ini adalah dengan menyemak laman web penjual emas sendiri atau sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Berikut merupakan beberapa pautan yang boleh dilayari untuk mengetahui harga emas hari ini.

  1. Gold Rate
  2. Public Gold
  3. Ar-Rahnu YaPEIM
  4. Live Harga Emas
  5. Maybank Miga
image is not available

Harap maklum bahawa harga emas yang dinyatakan oleh setiap laman di atas mungkin berbeza kerana setiap penjual boleh menetapkan sendiri harga jualan atau belian emas mereka.

Malah, lokasi yang berbeza contohnya antara Kuala Lumpur dan Melaka juga mungkin akan menyaksikan sedikit perbezaan harga emas.

Kadar Jangkaan Naik Turun Harga Emas

Antara topik hangat dalam kalangan pelabur emas adalah harga ramalan atau kadar jangkaan turun naik emas dalam beberapa bulan akan datang.

Secara jujurnya, tiada siapa yang dapat meramalkan dengan tepat berapakah harga emas pada masa akan datang da berapakah kadar turun naik harga emas pada masa hadapan.

Harga emas ditentukan oleh pelbagai faktor yang seperti keadaan ekonomi semasa, kestabilan politik dan sebagainya.

Kadar turun naik matawang dollar AS juga mempunyai kesan ke atas harga emas hari ini memandangkan emas sendiri mempunyai atribut monetori tertentu.

Sekiranya anda berminat untuk memulakan pelaburan dalam emas dan membuat anggaran kadar harga emas pada masa akan datang, cara terbaik adalah dengan membuat kajian anda sendiri melalui pembacaan daripada isu-isu semasa dan analisa daripada orang-orang lain.

Perbezaan Jenis Emas

Di Malaysia, emas biasanya dikategorikan mengikut ketulenan (Karat) dan bentuk fizikalnya.

Karat (K) menunjukkan peratusan kandungan emas tulen dalam sesuatu logam. Semakin tinggi angka karat, semakin tinggi kandungan emasnya.

Jenis EmasKandungan EmasNama PopularKegunaan Utama
Emas 99999.9%Emas 24K / Emas SepuluhPelaburan (Jongkong/Syiling). Sangat lembut.
Emas 91691.6%Emas 22KBarang kemas (standard Malaysia). Tahan lasak sedikit.
Emas 87587.5%Emas 21KBarang kemas (popular di Timur Tengah).
Emas 83583.5%Emas 20KBarang kemas lama / tradisional.
Emas 75075.0%Emas 18KSesuai untuk ikat permata atau berlian.
Emas 58558.5%Emas 14KSelalunya digunakan untuk aksesori fesyen.

Selain itu, emas juga dijual dalam beberapa bentuk, iaitu:

1. Barang Kemas (916/999):

  • Tujuan: Perhiasan diri dan simpanan kecemasan.
  • Kelebihan: Boleh dipakai dan digayakan.
  • Kekurangan: Ada kos upah yang tinggi dan spread (selisih harga jual balik) yang lebih besar (sekitar 20% – 25%).

2. Emas Pelaburan (Gold Bar/Syiling 999):

  • Tujuan: Simpanan jangka panjang dan pelaburan.
  • Kelebihan: Tiada kos upah (hanya premium kecil) dan spread yang nipis (sekitar 6% – 10%). Nilai lebih stabil untuk dijual semula.
  • Kekurangan: Tidak boleh dipakai sebagai perhiasan.

3. Akaun Emas (Digital):

  • Tujuan: Memulakan simpanan dengan modal kecil (serendah RM10).
  • Kelebihan: Tidak perlu simpan fizikal di rumah (lebih selamat), boleh ditukar kepada emas fizikal jika berat mencukupi.

Senarai Bank Tawarkan Emas Digital

Di Malaysia, semakin banyak bank menawarkan akaun pelaburan emas secara digital atau harian yang boleh diuruskan terus melalui aplikasi perbankan atau laman web. Antaranya ialah:

1. Bank Patuh Syariah (Islamic)

Kebanyakan akaun ini disokong oleh emas fizikal 999.9 dan membolehkan anda mengeluarkan emas fizikal jika berat mencukupi.

2. Bank Konvensional (Conventional)

Biasanya akaun ini bersifat “akaun kertas” (paper gold), di mana anda melabur pada pergerakan harga tanpa pengeluaran fizikal (bergantung kepada syarat bank).

  • Maybank (MGIA): Ini adalah versi konvensional (bukan MIGA-i), pelaburan minimum biasanya 1 gram.
  • CIMB Bank (eGIA): Pelaburan minimum bermula dari 1 gram. Transaksi mudah melalui CIMB Clicks.
  • Public Bank (eGIA): Menawarkan akaun emas digital dengan pelaburan serendah 0.1 gram.
  • UOB Bank (Gold Savings Account): Minimum pelaburan biasanya 1 gram atau 5 gram (bergantung kepada jenis akaun).

Tips Beli Emas

1. Tentukan Matlamat: Pelaburan atau Perhiasan?

  • Untuk Simpanan/Untung: Beli Emas 999 (Jongkong/Syiling). Ia mempunyai spread (susut nilai) yang kecil (sekitar 6-9%), jadi anda lebih cepat untung apabila harga naik.
  • Untuk Dipakai: Beli Emas 916 (Barang Kemas). Perlu diingat, barang kemas mempunyai kos upah dan susut nilai yang lebih tinggi (sekitar 20-25%) apabila dijual semula.

2. Fahami “Kos Upah” (Untuk Barang Kemas)

Apabila membeli emas 916 di kedai, harga yang dipaparkan selalunya belum termasuk kos upah. Kos upah sebenarnya boleh dirunding (negotiable). Jangan ragu-ragu untuk minta diskaun pada kos upah, terutamanya jika anda membeli barangan yang berat atau banyak.

3. Periksa “Spread” (Susut Nilai)

Spread adalah perbezaan antara harga kedai jual kepada anda dan harga kedai beli balik daripada anda.

  • Pilih yang spread rendah: Semakin rendah peratusan spread, semakin cepat anda mendapat keuntungan daripada kenaikan harga emas. Biasanya, akaun emas digital atau jongkong mempunyai spread yang jauh lebih rendah berbanding barang kemas.

4. Beli Secara Konsisten (Teknik DCA)

Jangan tunggu harga “paling rendah” kerana tiada siapa tahu bila ia akan berlaku. Gunakan teknik Dollar Cost Averaging (DCA). Beli sedikit demi sedikit setiap bulan (contoh: RM100 sebulan atau 1 gram sebulan). Ini akan meratakan kos pembelian anda dalam jangka masa panjang.

5. Pastikan Ada Resit Rasmi

Simpan resit pembelian dengan bai. Resit adalah bukti ketulenan dan berat emas tersebut. Sesetengah kedai atau bank memerlukan resit asal jika anda ingin menjualnya semula kepada mereka dengan harga tinggi.

6. Jangan Terpedaya dengan Harga Terlalu Murah

Emas adalah komoditi global yang harganya hampir sama di mana-mana. Jika ada pihak menawarkan harga emas 30-50% lebih murah daripada harga pasaran, atau menjanjikan “pulangan bulanan” daripada simpanan emas, itu berkemungkinan besar adalah scam. Emas fizikal tidak memberi dividen; untungnya hanya pada kenaikan harga.

7. Gunakan Platform Legal dan Terdaftar

Pastikan platform yang digunakan adalah sah dan diawasi oleh pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia atau Bursa Malaysia. Elakkan platform yang tidak rasmi.

Maklumat Lanjut

Untuk info lebih lanjut mengenai harga emas hari ini, sila rujuk/layari: https://live.hargaemas.my,

Soalan Lazim Harga Emas Hari Ini

Berapakah harga emas terkini hari ini?

Pada 24 Disember 2025, harga emas 999 di Malaysia sekitar RM639 segram (naik RM8 daripada semalam), manakala emas 916 sekitar RM610 segram mengikut Public Gold. Harga global emas (XAU/USD) berada pada paras USD4,512.7 dengan kenaikan 0.16%.

Mengapa harga emas berubah setiap hari?

Harga emas dipengaruhi oleh faktor global seperti harga spot emas dunia (London Bullion Market), nilai Ringgit Malaysia terhadap USD, inflasi, kadar faedah, dan ketegangan geopolitik. Ia dikemas kini setiap 20 minit hingga 12 tengah malam.

Bagaimanakah cara semak harga emas terkini?

Rujuk laman live seperti live.hargaemas.my, Public Gold, Maybank Gold Account, atau Bank Muamalat untuk harga jual/beli terkini. Aplikasi bank seperti Maybank2u atau i-Muamalat juga menunjukkan kadar harian.

Adakah harga beli dan jual emas berbeza?

Ya, terdapat “spread” (selisih) antara harga beli (lebih tinggi) dan harga jual (lebih rendah), biasanya 5-10% bergantung pengedar. Pilih yang spread rendah untuk pelaburan.

Bilakah masa terbaik beli emas?

Beli apabila harga turun (dip), elakkan beli pada puncak. Gunakan strategi dollar-cost averaging (beli secara berkala) untuk purata harga. Pantau tren harian untuk peluang.

Bagaimanakah kira kos beli 1 dinar emas?

1 dinar = 4.25g emas 916. Contoh: Jika RM610/g, kos = RM610 x 4.25 = RM2,592.50 (tambah spread/caj).

Baca juga: