Harga Emas Menjunam, Catat Kejatuhan Ketara Selepas Lonjak Ke Paras Tertinggi

Business & FinancePersonal Finance
20 Nov 2026 • 7:09 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Harga Emas Menjunam, Catat Kejatuhan Ketara Selepas Lonjak Ke Paras Tertinggi

Harga emas yang sebelum ini melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah kini mengalami kejatuhan ketara selepas mencatatkan puluhan rekod baharu sepanjang tahun lalu.

Setakat 19 November 2026, CNBC melaporkan harga emas jatuh di bawah AS$3,800 seauns buat kali pertama sejak September 2025.

Angka itu kira-kira satu pertiga lebih rendah berbanding paras tertinggi AS$5,589.38 seauns yang dicatatkan pada 28 Januari 2026.

Menurut Ketua Global Penyelidikan Komoditi Standard Chartered, Suki Cooper, perubahan keadaan pasaran menjadi antara faktor yang mempengaruhi pergerakan harga logam berharga tersebut.

Beliau berkata, kenaikan harga emas sebelum ini didorong permintaan fizikal yang kukuh sejak 2022, selain peningkatan minat pelabur terhadap emas sebagai aset jangka panjang.

Harga Emas Menjunam

Image from: Harga Emas Menjunam, Catat Kejatuhan Ketara Selepas Lonjak Ke Paras Tertinggi
Kredit: AFP

Pada 2025, pegangan dana dagangan bursa (ETF) bersandarkan emas meningkat kira-kira 800 tan, sekali gus membantu menyerap lebihan bekalan dalam pasaran.

Menurut Majlis Emas Dunia, dana ETF emas global turut mencatatkan aliran masuk tertinggi dalam sejarah sebanyak AS$89 bilion sepanjang tahun tersebut.

Namun, keadaan mula berubah selepas Januari 2026 apabila kenaikan harga yang terlalu pantas menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelabur.

Cooper berkata, konflik di Asia Barat turut mengubah peranan emas apabila pelabur mula menjual pegangan mereka untuk mendapatkan wang tunai.

Sifat emas yang mudah dijual menjadikannya sumber kecairan ketika pasaran berdepan ketidaktentuan, sekali gus menyumbang kepada penurunan harga.

Selain itu, jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) turut memberi tekanan kepada harga emas.

Image from: Harga Emas Menjunam, Catat Kejatuhan Ketara Selepas Lonjak Ke Paras Tertinggi

Penasihat kewangan Scholar Financial Advising, Evan Mills, berkata kadar faedah lebih tinggi, hasil bon Perbendaharaan yang meningkat dan pengukuhan dolar AS menjadikan emas kurang menarik kepada pelabur.

Hal ini kerana emas tidak memberikan pulangan faedah, berbeza dengan pilihan lain seperti simpanan tunai dan dana pasaran wang yang boleh menawarkan pulangan antara empat hingga lima peratus.

Keadaan tersebut mendorong sebahagian pelabur beralih kepada aset lain yang dilihat lebih menguntungkan dalam persekitaran kadar faedah tinggi.

Baca juga:

Penurunan harga bukan hanya melibatkan emas apabila logam berharga lain seperti perak turut mengalami kejatuhan selepas mencatatkan paras tertinggi sebelum ini.

Sementara itu, rakan pengurusan Bannockburn Capital Markets, Marc Chandler, menjangkakan harga emas berpotensi terus merosot kepada lingkungan AS$3,500 hingga AS$3,600 seauns.

Beliau berkata, harga emas turut mencatatkan paras terendah baharu apabila jatuh di bawah AS$3,700 pada pagi Khamis.

Chandler turut mengingatkan bahawa belum terdapat petunjuk jelas pada carta harga yang menunjukkan penurunan tersebut sudah mencapai paras terendah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved