⁠Harga Emas Semakin Mahal, Boleh Cecah RM500 Untuk 1 Gram

Entertainment
22 Mar 2025 • 1:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Harga emas dijangka terus meningkat sehingga penghujung tahun ini berikutan ketidaktentuan pasaran serta ketegangan geopolitik yang berterusan. Penganalisis meramalkan emas berpotensi mencecah RM500 segram sekiranya perang dagang dan inflasi global terus tidak stabil.

image is not available

Memetik laporan Buletin TV3, Ketua Pegawai Eksekutif Nubex Sdn Bhd, Mohd Faizal Mohd Nor, menjelaskan bahawa lonjakan harga emas didorong oleh dasar fiskal dan monetari yang tidak menentu serta gangguan bekalan emas fizikal di pasaran global.

Ketika ini, pasaran emas terbesar dunia di London menghadapi masalah bekalan emas fizikal, yang turut memberi kesan kepada pasaran hadapan di New York kerana kebergantungan mereka terhadap emas fizikal.

Penganalisis emas Gdora, Norazlan Nordin, pula berpendapat bahawa harga emas pada RM500 segram menjelang 2025 adalah satu kemungkinan yang realistik, namun ia bergantung kepada keadaan pasaran dan kestabilan ekonomi global.

Sekiranya keadaan global semakin meruncing, harga emas dijangka melonjak dengan lebih cepat. Sebaliknya, jika pasaran stabil, kenaikan akan berlaku secara beransur-ansur tetapi tetap positif.

image is not available

Pada minggu lalu, ketegangan perang dagang dan geopolitik dunia terus meningkatkan minat pelabur terhadap aset selamat seperti emas.

Situasi ini telah mendorong harga emas naik kepada sekitar RM430 segram, mencatatkan peningkatan lebih 13 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.