Harga Emas XAU/USD: Fed Hawkish, Tapi Kenapa Gold Masih Pacak?

Business & Finance
18 Sep 2026 • 5:00 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Harga Emas XAU/USD: Fed Hawkish, Tapi Kenapa Gold Masih Pacak?

Emas XAU/USD kembali melonjak hari ini walaupun Federal Reserve masih membawa sentimen hawkish selepas menaikkan kadar faedah 25 mata asas. Fed juga masih membuka ruang untuk kenaikan kadar seterusnya, jadi secara asasnya keadaan ini sepatutnya tidak begitu mesra kepada emas.

Namun, reaksi pasaran selepas keputusan FOMC menunjukkan cerita yang berbeza. US Dollar dan Treasury Yield yang melonjak selepas keputusan Fed mula berundur, menyebabkan tekanan terhadap emas semakin berkurang. Apabila yield turun, kos peluang memegang emas menjadi lebih rendah, manakala Dollar yang melemah turut menjadikan emas lebih menarik kepada pembeli.

Sebab itu Gold boleh pacak walaupun Fed masih hawkish. Bukan kerana Fed sudah dovish, tetapi kerana Dollar dan yield yang sebelum ini menekan emas kini sedang berundur.

Adakah Data Malam Ini Mampu Ubah Sentimen?

Tumpuan utama malam ini adalah data ekonomi AS yang paling berpotensi mengubah jangkaan kadar faedah Fed. Jika data lebih kuat daripada jangkaan, USD dan yield berpotensi naik semula dan memberi tekanan kepada Gold.

Jika data lebih lemah, USD dan yield berpotensi terus turun dan memberi ruang kepada Gold untuk meneruskan kenaikan.

[chart pair=”xauusd” period=”D1″]

Intraday Outlook

Data AS kuat: USD naik + yield naik → Gold berisiko jatuh.

Data AS lemah: USD turun + yield turun → Gold berpeluang terus naik.

Buat masa ini, Fed masih hawkish tetapi Gold sedang mendapat manfaat daripada penurunan semula USD dan Treasury Yield. Jadi selepas Gold pacak kuat hari ini, perhatian trader kini beralih kepada data AS malam ini untuk melihat sama ada momentum tersebut boleh diteruskan atau kembali ditekan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved