Harga iCloud+ naik RM5/bulan, mujur harga Apple One kekal

Digital
28 Jun 2023 • 11:03 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Apple dikesan telah menaikkan harga langganan iCloud+ mereka. Penawaran yang paling tinggi iaitu 2TB telah naik harga daripada RM39.90/bulan kepada RM44.90/bulan ataupun tokok sebanyak RM5.00/bulan.

Mujurlah harga dua lagi penawaran tidak berubah. 50GB masih ditawarkan pada RM3.90 manakala 200GB kekal pada RM11.90/bulan. Lagi yang kekal adalah langganan Apple One.

image is not available

Untuk makluman anda Apple One adalah langganan semua-dalam-satu yang didalamnya juga ada iCloud+ disamping beberapa produk tambahan lain seperti Apple tv+, Apple Music, dan Apple Arcade.

Pelan Individu ditawarkan pada harga RM29.90/bulan yang berikan anda 50GB storan iCloud+ bersama-sama tv+, Music, dan Arcade. Kemudian kita ada pelan Keluarga yang boleh dikongsi dalam kalangan 5 pengguna pada harga RM39.90/bulan yang berikan anda semua manfaat pelan Individu tapi storan iCloud+ naik kepada 200GB.

image is not available

Pelan paling mahal adalah Primer yang berikan anda 2TB storan iCloud+ disamping tv+, Music, Arcade, dan Apple Fitness+.

Untuk pengetahuan anda, harga langganan Apple One sudahpun naik sehingga 50% seperti yang kami laporkan dalam bulan Oktober 2022 tempoh hari. Dulu, harga pelan Individu sebenarnya adalah RM19.90 sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved