Harga jualan iPhone 15 dijangka naik & storan maksimum 2TB

Digital
8 Aug 2023 • 10:44 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Menjelang bulan pelancaran iPhone, semakin banyak info tentang telefon itu berlegar-legar di dalam Internet. Salah satunya adalah tentang spekulasi harga siri iPhone 15 yang katanya akan naik berbanding iPhone 14. Pengguna boleh jangkakan kenaikan sekitar USD100 (~RM457) pada harga jualan siri iPhone 15.

Ia tidaklah memelikkan kerana perkara itu telahpun berlaku sewaktu iPhone 14 dahulu.

Walaupun menggunakan cip lama, jualan iPhone 14 bukan Pro dilapor laris. Berdasarkan statistik, 62% daripada siri iPhone 14 yang berada di luar sana adalah varian bukan Pro. Itu walaupun harga pelancaran siri iPhone 14 naik sehingga RM700 berbanding generasi terdahulu.

image is not available

Contohnya, harga pelancaran iPhone 13 128GB adalah RM3,899 berbanding iPhone 14 128GB RM4,199. Itu adalah kenaikan RM400 sedangkan ia masih gunakan cip pemproses Apple Bionic A15 yang sama. Sebagai rujukan, berikut adalah harga pelancaran siri iPhone 14 di Malaysia

iPhone 14
128GB RM4,199
256GB RM4,699
512GB RM5,699

iPhone 14 Plus
128GB RM4,699
256GB RM5,199
512GB RM6,199

iPhone 14 Pro
128GB RM5,299
256GB RM5,799
512GB RM6,799
1TB RM7,799

iPhone 14 Pro Max
128GB RM5,799
256GB RM6,299
512GB RM7,299
1TB RM8,299

Tidak setakat naik, Apple didapati telah menempah sekurang-kurangnya 82 juta unit iPhone yang mencadangkan keyakinan mereka kepada iPhone 15 selepas mengambil kira situasi semasa iPhone 14.

Satu lagi khabar angin yang bertiup kencang adalah variasi Pro akan hadir dalam konfigurasi storan sehingga 2TB. Bagi mengekalkan penawaran 4 pilihan storan seperti sebelum ini, storan permulaan untuk variasi Pro juga akan bermula 256GB.