Harga Kereta CKD Kekal - MAA

LocalCars
21 Jan 2026 • 9:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kenderaan yang dipasang secara tempatan (CKD) tidak akan mengalami kenaikan harga tahun ini,kerana isu semakan duti eksais nilai pasaran terbuka (OMV) yang sebelum ini mengancam untuk menaikkan harga model CKD telah diselesaikan, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden MAA, Mohd Shamsor Mohd Zain. Menurutnya, cadangan PU(A) 402/2019–Peraturan Cukai Eksais (Penentuan Nilai Barangan Buatan Tempatan bagi Tujuan Cukai Eksais) telah pun ditangguhkan selama enam bulan, seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MoF) lewat tahun lalu.

Penangguhan tambahan selama enam bulan itu bertujuan untuk memberi masa kepada pihak-pihak berkaitan bagi “memuktamadkan pengiraan mereka”, dan kesan pelaksanaannya terhadap harga model CKD di Malaysia adalah sangat minimum.

image is not available

Untuk makluman, cadangan semakan OMV ini bertujuan memperkenalkan metodologi baharu bagi mengira nilai pasaran terbuka sesebuah kenderaan CKD, yang akan mempengaruhi jumlah cukai yang dikenakan dan seterusnya harga jualan kenderaan tersebut.

Sebelum pengumuman ini, pemain industri telah memberi amaran bahawa pelaksanaan semakan OMV berkenaan boleh mengakibatkan kenaikan harga kenderaan antara 10% hingga 30%, bergantung kepada model dan segmen.

Peraturan Cukai Eksais PU(A) 402/2019 yang asalnya diwartakan pada akhir tahun 2019 sepatutnya dikuatkuasakan pada tahun 2020, namun pandemik COVID-19 telah memaksa MoF menangguhkan pelaksanaannya ke tahun 2021. Selepas itu, beberapa penangguhan lagi dibuat, dengan yang terkini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2025.

Kesemua penangguhan ini telah menimbulkan ketidaktentuan dalam kalangan pemain industri, sekali gus menjejaskan perancangan, unjuran, operasi keseluruhan, dan akhirnya pelaburan dalam industri automotif tempatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved