
Bukan sahaja permainan satu pemain PlayStation Studios tidak lagi akan ditawarkan ke PC, tetapi semalam Sony juga mengumumkan peningkatan harga langganan PlayStation Plus di beberapa pasaran. Harga baharu ini hanya akan terpakai pada pelanggan baharu serta untuk langganan satu dan tiga bulan sahaja. Hari ini harga langganan baharu di Malaysia secara rasmi diumumkan dengan peningkatan RM4 sebulan.
| Langganan PlayStation Plus Essential | Harga Baharu | Harga Lama |
| 1 bulan | RM 39 | RM 35 |
| 3 bulan | RM 99 | RM 95 |
| 12 bulan | RM 285 | sama |
| Langganan PlayStation Plus Extra | Harga Baharu | Harga Lama |
| 1 bulan | RM 59 | RM 55 |
| 3 bulan | RM 159 | RM 155 |
| 12 bulan | RM 490 | sama |
| Langganan PlayStation Plus Deluxe | Harga Baharu | Harga Lama |
| 1 bulan | RM 69 | RM 65 |
| 3 bulan | RM 189 | RM 185 |
| 12 bulan | RM 575 | sama |
Sebab yang diberikan Sony ialah “keadaan pasaran semasa”. Pelanggan sedia masih boleh menikmati harga langganan yang dibayar sebelum ini. Kadar bayaran langganan baharu ini berkuat kuasa bermula hari ini. Peningkatan harga adalah mengecewakan kerana tekanan ekonomi sedangkan nilai Ringgit Malaysia yang semakin mengukuh berbanding Dollar dan Yen.
Keadaan pasaran telah menyebabkan harga konsol PlayStation 5, PlayStation 5 Pro dan PlayStation Portal dinaikkan di Malaysia awal bulan ini. Krisis RAM masih belum menunjukkan akan reda dalam masa dua tahun.


