Harga Langganan HBO Max Akan Semakin Mahal Kelak – David Zaslav

EntertainmentBusiness & Finance
11 Sep 2025 • 1:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jika anda seorang pelanggan perkhidmatan penstriman siri televisyen dan filem HBO Max, jangan terkejut sekiranya harga langganan meningkat secara mendadak. Demikianlah apa yang mahu disampaikan oleh CEO HBO Max, David Zaslav sewaktu acara Goldman Sachs Communacopia baru-baru ini.

David Zaslav mengatakan bahawa harga langganan perkhidmatan penstriman tersebut pada masa ini adalah “terlalu murah” apabila dibandingkan dengan kualiti program yang disajikan sekarang. Oleh kerana ini, beliau mengatakan bahawa kenaikan harga langganan adalah sesuatu yang dijangka akan berlaku tidak lama lagi.

image is not available

Dalam pada itu, beliau juga mengatakan bahawa perkongsian kata laluan akan dihalang sepenuhnya menjelang penghujung tahun ini, untuk cuba mendapatkan seramai pelanggan berbayar penuh yang mungkin.

Ini juga bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa HBO Max sudahpun mula menguji beberapa cara untuk menghalang kegiatan tersebut, dan dengan pengumuman ini, ia nampaknya akan diimplimentasi secara sepenuhnya dalam masa beberapa bulan akan datang.