Harga langganan Spotify Premium naik di Malaysia, anda masih nak guna ke?

Digital
2 Aug 2023 • 7:59 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Baru sahaja pada minggu lepas Spotify mengumumkan penyelarasan harga atau kenaikan harga untuk langganan premiumnya. Tapi Malaysia bukan salah satu negara dalam senarai yang terlibat. Kini, Spotify juga didapati menaikkan harga langganan premiumnya di Malaysia, setelah ada pengguna yang menerima pemakluman tentangnya.

Harga terbaru langganan premium di Malaysia akan mula terpakai pada kitaran bil seterusnya pada bulan September. Berkenaan harga, pengguna premium kini perlu membayar antara RM1-RM1.70 tambahan untuk terus kekal menggunakan Spotify Premium. Untuk lebih jelas, berikut adalah harga terbaru langganan premiumnya di Malaysia.

image is not available

  • Spotify Premium Mini  RM0.75/hari
  • Spotify Premium Individual  RM14.90 RM15.90/bulan (+RM1.00)
  • Spotify Premium Duo  RM19.80 RM21.50/bulan (+RM1.70)
  • Spotify Premium Family  RM23.80 RM24.90/bulan (+RM1.10)
  • Spotify Premium Student  RM7.50 RM8.50/bulan (+RM1.00)

Berdasarkan harga baru ini, hanya langganan harian Premium Mini yang tidak mengalami sebarang perubahan. Ini sama seperti negara lain yang terlibat dengan kenaikan harga.

Sebagai perbandingan, pasaran Amerika Syarikat sekurang-kurangnya mengalami kenaikan harga USD1 (~RM4.53). Langganan akan lebih mahal untuk Premium Duo, yang melonjak ke USD2 (~RM9).

Selain Malaysia, terdapat juga beberapa negara lain yang turut terlibat dalam kenaikan harga termasuk United Arab Emirates, Switzerland, Czechia, Hungary, Romania dan Saudi Arabia, walaupun tidak terlibat dalam senarai sebelum ini.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan berkaitan