“Harga makin naik, kucing selera T10” – Netizen Minta Perdana Menteri Perkenal ‘Menu Rahmeow’

Entertainment
8 Mar 2023 • 3:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Inisiatif kerajaan memperkenalkan Menu Rahmah bermula 31 Januari lalu ternyata memberikan impak yang positif apabila ia disambut baik oleh orang ramai.

Inisiatif ini dikhabarkan akan diperluaskan ke beberapa sektor lain seperti barangan keperluan, pakaian, perubatan dan lain-lain.

Pun begitu, ada yang berpendapat konsep Menu Rahmah tidak harus dikecilkan manfaat kepada manusia. Hal ini disebabkan pembelian makanan haiwan memberi impak ekonomi kepada pencinta haiwan kerana kos makanan haiwan juga dilihat meningkat naik.

image is not available

Seorang pengguna Twitter menyuarakan cadangan kepada pihak kerajaan supaya memperkenalkan Menu Rahmah untuk haiwan peliharaan.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh Idris Halba, dia menyebut nama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan memaparkan gambar serta tanda harga makanan kucing di sebuah pasar raya.

“Salam @anwaribrahim. Mohon buat Menu Rahmeow untuk makanan kucing. Harga semakin naik, kucing pula taste T10,” ciapnya.

Ciapan tersebut mendapat perhatian ramai apabila rata-ratanya turut memaklumkan harga makanan haiwan peliharaan dilihat semakin mahal.

Terdapat netizen yang memaparkan harga sebungkus makanan kucing yang mencecah sehingga RM331 untuk 10 kilogram.

Tidak kurang juga yang meminta agar kerajaan mewujudkan pelepasan cukai ‘haiwan kesayangan’ yang mana pelepasan itu boleh diberikan kepada mereka yang membeli makanan dan keperluan untuk haiwan peliharaan.

Ada yang mengadu apabila mahu bertukar kepada makanan yang lebih murah, ‘anak-anak bulu’ kesayangan mereka bagaikan memilih, hanya menjamah makanan tertentu sahaja.

Selain itu, langkah memperkenal makanan haiwan peliharaan rahmah ini juga dapat membantu lebih ramai pencinta haiwan untuk bersedekah kepada kucing jalanan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.