Harga Minyak Malaysia Lagi Murah Dari Arab Saudi & Qatar – Anwar

LocalPolitics
14 Jul 2026 • 12:49 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Harga Minyak Malaysia Lagi Murah Dari Arab Saudi & Qatar – Anwar

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan harga petrol di Malaysia lebih murah dari negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi dan Qatar.

Malah beliau menyifatkan janji-janji yang pernah dibuatnya sebelum bergelar Perdana Menteri berhubung penurunan harga minyak sudah tertunai.

“Harga minyak di Malaysia ini lebih rendah daripada Qatar dan Arab Saudi. Itu dia fakta yang pertama yang harus diingat. Cananglah bagaimanapun, kenyataannya sekarang, harga minyak kita lebih rendah.

“Masa kita minta turun sikit RM1.50, harga minyak di Arab Saudi RM0.50. Sekarang kita lebih rendah (iaitu) RM1.99 (manakala) harga di Arab Saudi lebih daripada RM2.40.

Tambah Anwar lagi selain Qatar, pengeluar minyak dan gas terbesar UAE turut menaikkan harga bahan api petroleum dua bulan lalu.

Beliau dalam masa sama turut menegaskan perubahan harga minyak dunia dipengaruhi keadaan ekonomi dan geopolitik global termasuk krisis berpanjangan di Selat Hormuz.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang membandingkan harga bahan api ketika pentadbiran terdahulu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved