

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 20 November hingga 26 November depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.
Berikut adalah harga runcit minyak terkini:
Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 3 sen iaitu kepada RM3.28 seliter;Harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi kekal pada paras RM2.65 seliter;Harga runcit petrol RON95 bersubsidi di bawah BUDI95 kekal pada paras RM1.99 seliter;Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 3 sen iaitu kepada 3.10 seliter; danHarga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
Harga ini mula dikuatkuasakan bermula tengah malam ini, 20 November sehingga pengumuman harga seterusnya daripada Kementerian pada hari Rabu depan, 26 November 2025.



