RON97, RON95 & Diesel Naik 5 Sen Bermula Esok, Harga Subsidi Kekal -MOF

LocalBusiness & Finance
12 Nov 2025 • 11:12 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik lima sen seliter, berkuat kuasa esok sehingga 19 November.

image is not available

RON97, RON95 tanpa subsidi, diesel naik 5 sen

Menerusi kenyataan dikeluarkan MOF, harga baharu ditetapkan RON97 pada RM3.25 seliter, RON95 tanpa subsidi RM2.65 seliter, manakala diesel di Semenanjung Malaysia RM3.07 seliter.

“Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter, begitu juga dengan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter,” jelasnya.

image is not available

Kerajaan akan terus pantau trend harga minyak mentah dunia

MOF menegaskan kerajaan akan terus memantau dan melaras harga runcit petrol dan diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia, dengan keutamaan diberikan kepada kestabilan harga serta kebajikan rakyat.

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” ujar MOF.

image is not available

Artikel lain: Pelaksanaan Subsidi RON95 Berjalan Lancar, Operasi Stesen Minyak Terkawal – Saifuddin

Kenaikan ini diumumkan selepas kerajaan meneliti trend pasaran minyak global, di mana langkah penyesuaian harga petrol dan diesel dianggap perlu bagi mengekalkan keseimbangan ekonomi tanpa menjejaskan subsidi kritikal kepada rakyat.

Sumber: Facebook Kementerian Kewangan 

The post RON97, RON95 & Diesel Naik 5 Sen Bermula Esok, Harga Subsidi Kekal -MOF appeared first on Borak Daily.