Harga Minyak RON97 Turun 10 Sen, Diesel Di Semenanjung Pula Turun 7 Sen

LocalBusiness & Finance
12 Mar 2025 • 11:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Ada berita baik untuk anda!

Ini kerana harga runcit petrol RON97 turun 10 sen kepada RM3.28 seliter, manakala diesel di Semenanjung turun tujuh sen kepada RM3.06 seliter.

Harga baharu itu akan berkuat kuasa mulai 13 hingga 19 Mac ini.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa harga runcit petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter, sementara harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada RM2.15 seliter.

Untuk makluman, harga tersebut dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan yang menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.