Harga Minyak Turun, RON97 & Diesel Lebih Murah Mulai 27 Nov 2025

26 Nov 2025 • 6:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula  27 November hingga 3 Disember depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

Berikut adalah harga runcit minyak terkini:

Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 2 sen iaitu kepada RM3.26 seliter;Harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi turun 2 sen iaitu kepada RM2.63 seliter;Harga runcit petrol RON95 bersubsidi di bawah BUDI95 kekal pada paras RM1.99 seliter;Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak 2 sen iaitu kepada 3.08 seliter; danHarga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Harga ini mula dikuatkuasakan bermula tengah malam ini, 27 November sehingga pengumuman harga seterusnya daripada Kementerian pada hari Rabu depan, 3 Disember 2025.