“Harga Myvi aku” – Netizen Terkedu Tengok Caj Harga Baiki Kereta Ryzal Durian Kimchi

Entertainment
19 Sep 2022 • 6:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ada sebab kenapa kita perlu berhati-hati ketika memandu, ini kerana selain untuk menjaga nyawa, ia mungkin akan memberikan kesan kepada kedua-dua belah pihak, baik pelanggar mahupun dilanggar.

Urusan harian terganggu, boleh berlaku kekecohan dan paling perit lagi ialah jumlah ganti rugi, lebih-lebih lagi kalau kita guna kereta yang bukan calang-calang, lagi tinggi taraf kenderaan lagi banyak lah kos.

 

Nampak sikit kan? – Ryzal

Baru-baru ini, Ryzal Ibrahim atau Ryzal Durian Kimchi terlibat dalam satu kemalangan dimana kerea jenis SUV berjenama Range Rover miliknya telah tersondol belakang MPV Nissan Serena sehingga cermin belakang pecah dan tercabut.

Malah kemalangan itu juga menyebabkan Perodua Myvi yang berada di depan MPV itu turut disondol akibat hentakan kuat daripada SUV milik Ryzal. Dalam perkongsiannya menerusi Intagram Reels, Ryzal ada kongsikan video waktu kejadian dan kesan daripada pelanggaran itu.

Dilihat SUV miliknya hanya terdapat sedikit kerosakan di bahagian komponen depan keretanya tetapi dia ada mendedahkan kos untuk membaiki kenderaannya itu bernilai RM 41,103.16. Walaubagaimanapun kos baiki itu mendapat perlindungan insurans.

Oleh sebab itu, Ryzal perlu membayar ganti rugi kepada beberapa buah kenderaan lain akibat kesilapan itu. Menjawab persoalan netizen, Ryzal Ibrahim menjelaskan ia berpunca daripada microsleep, respon itu diberikan setelah ada netizen membuat spekulasi bahawa dia sedang leka bermain telefon bimbit.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Malah ramai juga netizen terkedu apabila melihat jumlah kos yang dikenakan kepadanya sebab ada yang kata ianya kos harga sebiji kereta mereka.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Haihhh, kalau min, masak nanti bila nak renew insurans tahun depan.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article