
Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming untung RM600,000 apabila produk baru keluaran syarikatnya, Dendeng Nyet Extra Pedas terjual 40,000 paket.
Khairul Aming untung RM600,000, 40,000 pack sold out
Menerusi hantaran yang dikongsi akaun tiktokshop_my, Khairul Aming dan ‘team’ telah membuat hitungan jumlah keuntungan yang diraih bersama-sama mereka yang menonton siaran langsung apabila Dendeng Nyet keluarannya diborong oleh pembeli.
Dalam perkongsian tersebut dapat dilihat angka di komputer riba miliknya bergerak begitu laju dan telah melepasi jumlah RM500,000.
@tiktokshop_my 500k laju stock Dedeng malam ni #TikTokShopMY
♬ Ultra Satisfaction Agressivo - DJ RAMON SP
Khairul Aming untung walaupun naikkan harga RM1
Difahamkan, harga untuk produk baru keluaran Khairul Aming itu terpaksa dinaikan RM1 daripada harga Dendeng Nyet biasa berikutan kos yang dikeluarkan.
Usahawan itu turut membuat video menjelaskan mengapa dia perlu menaikkan harga produk tersebut supaya para pembeli tidak mempersoalkan tindakan yang dilakukan.
“Untuk Dendeng Nyet Ekstra Pedas ni KA mintak maaf kena naikkan harga seringgit berbanding yang original sebab penggunaan cili 2-3 kali ganda dari yang sebelum.
Kita juga kena tambah extra minyak masak dan double tempoh masakan with additional gas consumption untuk make sure semua cili kisar dan cili padi masak sepenuhnya,” tulisnya.
@khairulaming Untuk Dendeng Nyet Ekstra Pedas ni KA mintak maaf kena naikkan harga seringgit berbanding yang original sebab penggunaan cili 2-3 kali ganda dari yang sebelum. Kita juga kena tambah extra minyak masak dan double tempoh masakan with additional gas consumption untuk make sure semua cili kisar dan cili padi masak sepenuhnya. Actually the additional cost incurred is more than Rm1 tapi kalau naikkan lagi dia akan jadi beban to my followers. Harap semua org boleh terima kenaikan harga untuk dendeng versi pedas ni. Terima kasih guys for your support
♬ growth - Gede Yudis
Artikel lain: Khairul Aming kekalkan tradisi rai staf, masih beri duit raya ‘kepuk-kepuk’ setiap seorang!
Ramai maafkan sebab faham kos pembuatan
Permohonan maaf yang dibuat itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata tidak begitu kisah dengan kenaikkan harga tersebut kerana faham kos yang perlu ditambah untuk menghasilkan dendeng extra pedas itu.

Buat pembentangan ye masa beritahu harga terpaksa dinaikkan

Ramai tak kisah pun naikkan harga tu

Sebelum ini, usahawan tersebut telah mengeluarkan dua produk iaitu Sambal Nyet Berapi dan juga Dendeng Nyet yang menjadi kegilaan peminat serta pengikutnya sehingga kerap saja ‘sold out’ apabila ia dibuka untuk pembelian atas talian.
Sumber: TikTok tiktokshop_my, khairulaming


