“Lebih ‘Kick’, Lebih Padu!” – Khairul Aming Lancar Produk Dendeng ‘Ekstra’ Pedas!

LocalFood
6 May 2025 • 10:14 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dendeng Nyet Berapi keluaran Khairul Aming sememangnya diketahui telah mencetuskan fenomena di seluruh negara.

Sejak mula dijual, produk ini sering habis dalam tempoh yang sangat singkat dan cepat.

Disebabkan ramai memberikan maklum balas untuk menjadikannya lebih pedas, pempengaruh dan usahawan popular itu kini memperkenalkan produk baharu iaitu Dendeng Nyet Sambal Berapi ‘Ekstra’ Pedas, khas buat peminat.

Menerusi satu hantaran di media sosial, beliau menyatakan bahawa dendeng terbaharu ini

Berkali ganda lebih pedas dan rasanya lebih kick daripada biasa.

Tambahnya, jumlah cili padi dan cili kisar yang digunakan dalam resipi baharu ini juga telah ditambah berbanding versi asal.

Difahamkan, Dendeng Nyet Berapi ‘Ekstra’ Pedas akan mula dijual secara eksklusif di TikTok Live pada 9 Mei (Rabu), jam 9 malam.

Untuk batch pertama, hanya 40,000 paket akan ditawarkan dan rata-rata peminat makanan pedas sudah tidak sabar menantikan jualan ini dan meluahkan keterujaan mereka di ruangan komen hantaran usahawan itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 hours ago

"Ia Bukan 'Ujian' Yang Saya Sanggup Ambil" - Lelaki Undur Diri Setelah Kekasih 'Request' Hantaran RM50K

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved