Oppo dan OnePlus mengumumkan harga jualan peranti mereka akan dinaikkan di China bermula 16 Mac depan. Harga peranti Oppo dan OnePlus yang meningkat ialah siri A dan K yang lazimnya dijual pada harga lebih mampu milik. Peranti siri Find dan Reno masih lagi akan dikekalkan di China.

Kedua-dua syarikat tidak memberikan sebab mengapa harga jualan peranti terpaksa dinaikkan. Tetapi sejak tahun lalu harga cip memori dan storan telah naik mendadak disebabkan permintaan tinggi oleh sektor pusat data. Bekalan yang terhad dan pengeluar cip mementingkan pelanggan industri menyebabkan harga jualan peranti telah meningkat tahun ini.
Peningkatan harga peranti dijangka menyebabkan pengeluaran akan susut 13% menurut laporan IDC. Sementara itu pengeluar PC juga memberikan amaran mereka juga tidak boleh menyerap peningkatan kos sehingga 30%.



