Google Play Games ialah platform pembelian dan muat-turun aplikasi permua oleh Google yang membolehkan pengguna untuk memuat-turun permua-permua mereka pada pelbagai platform, termasuklah peranti pintar Android dan juga Windows .
Di acara Game Developer Conference, Google telah mengumumkan bahawa platform tersebut akan mula memperkenalkan lebih banyak tajuk permainan Android yang kelak membolehkan pengguna untuk membeli dan memainkan permainan Android berbayar bukan sahaja di platform mudah-alih tersebut, tetapi juga untuk platform Windows.

Dengan kemaskini terbaru Google Play Games pada platform PC, permainan-permainan Android kelak akan ditawarkan pada platform PC, bermula dengan Sledding Game, 9 Kings, Potion Craft, dan Moonlight Peaks. Pada tahun hadapan, permua Low Budget Repairs juga akan diperkenalkan di platform PC.
Kemaskini tersebut juga akan membolehkan pengguna untuk memainkan permua-permua ini pada pelbagai platform dengan sokongan simpanan fail permainan multi-platform, membolehkan pemain untuk memainkan permainan-permainan video ini pada pelbagai jenis platform tidak kira dimana mereka berada.
Jika anda mahu mencuba permainan pada Play Games sebelum membelinya, Google juga nampaknya akan menawarkan demo untuk anda muat-turun dan cuba secara percuma. Mereka mengatakan bahawa kemaskini akan diperkenalkan pada tahun ini, tetapi tarikh khusus bilakah ia akan diperlihatkan belum diketahui lagi.




