Harga petrol, diesel kekal hingga 18 Disember

11 Dec 2024 • 7:16 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 11 DIS: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Disember.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini, memaklumkan bahawa harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga kekal pada paras RM2.95 seliter, manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan tidak berubah, iaitu RM2.15 seliter bagi tempoh sama.

Menurut kenyataan itu penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan akan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved