Harga rasmi iPhone 14, iPhone 13 dan iPhone SE kini lebih murah di Malaysia

Digital
13 Sep 2023 • 5:47 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Walaupun siri iPhone 15 telah dilancarkan, Apple masih akan menghasilkan serta menjual beberapa model lama. Antaranya iPhone 13, iPhone 14 dan iPhone SE 2022.

Model yang telah pasti dihentikan pengeluarannya adalah iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Jika anda mahu model Pro atau Pro Max yang lebih murah, perlu cepat mencari stok iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max sekarang.

Satu lagi model penting yang dihentikan pengeluarannya adalah iPhone 13 mini. Ia adalah model kompak terakhir iPhone dan kini dilihat tidak lagi dihasilkan selepas ini.

image is not available
Model iPhone yang dikekalkan pengeluarannya selepas pelancaran iPhone 15

Untuk model yang masih dijual secara rasmi, iPhone 13 menerima potongan harga rasmi sebanyak RM400 manakala iPhone 14 dan iPhone 14 Plus telah diturunkan harga sebanyak RM300 berbanding sebelumnya. Jika anda pernah membelinya sewaktu promosi pada harga lebih murah baru-baru ini, jangan risau kerana harga rasmi ini masih lebih mahal.

Berikut adalah harga rasmi untuk model lama iPhone di Malaysia:

iPhone SE Malaysia Price

64GB RM2,249
128GB RM2,499
256GB RM2,999

iPhone 13 Malaysia Price

128GB  RM3,699 RM3,299
256GB  RM4,199 RM3,799
512GB  RM5,199 RM4,799

iPhone 14 Malaysia Price

128GB  RM4,199 RM3,799
256GB  RM4,699 RM4,299
512GB  RM5,699 RM5,299

iPhone 14 Plus Malaysia Price

128GB  RM4,699 RM4,399
256GB  RM5,199 RM4,899
512GB  RM6,199 RM5,899

Bacaan Berkaitan