Harga RON75, RON95 naik 20 sen, diesel 15 sen

LocalBusiness & Finance
23 Sep 2026 • 9:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Harga RON75, RON95 naik 20 sen, diesel 15 sen

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing meningkat 20 sen seliter, manakala diesel tanpa subsidi naik 15 sen seliter bagi tempoh 24 September hingga 30 September ini.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, harga baharu RON97 ditetapkan pada RM5.05 seliter, RON95 tanpa subsidi RM4.57, dan diesel tanpa subsidi RM5.42 seliter.

Menurutnya, kekangan bekalan produk petroleum bertapis terus mengekalkan harga pasaran pada paras tinggi.

“Gangguan terhadap pengeluaran produk petroleum bertapis di Rusia, antara pengeksport diesel terbesar dunia, terus mengeruhkan keadaan.

“Eksport diesel dari Asia Barat pula telah merosot lebih 50 peratus dari Mac hingga Ogos 2026,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

MOF memaklumkan pemulihan kapasiti penapisan global adalah penting bagi penyederhanaan harga produk petroleum, manakala pemulihan aliran petroleum melalui Selat Hormuz boleh membantu mengurangkan tekanan terhadap harga minyak mentah dan produk petroleum bertapis.

Bagaimanapun, menurut kementerian itu, ketidaktentuan geopolitik dunia dijangka terus mempengaruhi turun naik harga produk petroleum dalam jangka sederhana, di samping risiko konflik yang meningkatkan kos penghantaran minyak dengan ketara.

“Kadar sewaan kapal tangki super bagi beberapa laluan dari Asia Barat telah mencecah paras rekod kira-kira USD1 juta sehari susulan gangguan perkapalan,” katanya.

Kementerian itu menjelaskan bahawa bekalan bahan api negara kekal mencukupi buat masa ini, namun rakyat diminta agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat, melakukan perancangan perjalanan cekap serta mengurangkan perjalanan yang tidak perlu bagi membantu memanjangkan bekalan negara dan mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi. – Bernama

The post Harga RON75, RON95 naik 20 sen, diesel 15 sen appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved