Harga RON97, RON95 Dan Diesel Tanpa Subsidi Naik Lagi Mulai Esok

LocalBusiness & Finance
23 Sep 2026 • 8:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Harga RON97, RON95 Dan Diesel Tanpa Subsidi Naik Lagi Mulai Esok

Harga runcit RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing meningkat sebanyak 20 sen seliter, manakala harga runcit diesel tanpa subsidi naik sebanyak 15 sen seliter.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa harga baharu itu berkuat kuasa bagi temph 24 September hingga 30 September.

Menurutnya, harga RON97 menjadi RM5.05 seliter, RON95 pula RM4.57 seliter dan diesel RM5.42 seliter.

MOF berkata kekangan bekalan produk petroleum bertapis terus mengekalkan harga pasaran pada paras tinggi.

Image from: Harga RON97, RON95 Dan Diesel Tanpa Subsidi Naik Lagi Mulai Esok
Kredit: MOF

"Gangguan terhadap pengeluaran produk petroleum bertapis di Rusia, antara pengeksport diesel terbesar dunia, terus mengeruhkan keadaan.

"Eksport diesel dari Asia Barat pula telah merosot lebih 50% dari Mac hingga Ogos 2026.

"Pemulihan kapasiti penapisan global adalah penting bagi penyederhanaan harga produk petroleum. Pada masa sama, pemulihan aliran petroleum melalui Selat Hormuz boleh membantu mengurangkan tekanan terhadap harga minyak mentah dan produk petroleum bertapis.

"Namun begitu, ketidaktentuan geopolitik dunia dijangka terus mempengaruhi turun naik harga produk petroleum dalam jangka sederhana," kata MOF menerusi satu kenyataan.

Baca juga:

Ujarnya, kerajaan akan terus melindungi rakyat dan perniagaan daripada kesan ketidaktentuan global ini, termasuk dengan mengekalkan subsidi bersasar BUDI MADANI bagi pengguna yang layak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved