Harga RON97 Dan Diesel Naik Mulai Esok

LocalBusiness & Finance
1 Jan 2025 • 6:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kementerian Kewangan telah mengumumkan perubahan harga runcit bagi bahan api bermula esok, 2 hingga 8 Januari ini.

Berikut adalah harga runcit minyak terkini:

i. Harga runcit petrol RON97 kini naik RM0.03 iaitu daripada RM3.25 kepada RM3.28 seliter;

ii. Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter;

iii. Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kini naik RM0.03 iaitu daripada RM2.95 kepada RM2.98 seliter; dan

iv. Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kerajaan akan terus melakukan pemantauan kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.

image is not available