Harga RON97 & Diesel Di Semenanjung Naik

LocalBusiness & Finance
21 May 2025 • 7:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Harga RON97 & Diesel Di Semenanjung Naik

Kementerian Kewangan memaklumkan harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung naik sebanyak 3 sen seliter berkuatkuasa pada 22 Mei hingga 28 Mei 2025.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman media sosial kementerian itu, harga runcit RON97 naik daripada RM3.07 seliter kepada RM3.10 seliter. Manakala diesel di Semenanjung Malaysia naik dari RM2.77 seliter kepada RM2.80 seliter.

Kementerian Kewangan juga memaklumkan bahawa harga RON95 kekal RM2.05 seliter. Begitu juga harga runcit diesel di Sabah dan Sarawak yang kekal RM2.15 seliter.

Kenaikan harga bahan api adalah berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum. Ia mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak selain menyokong kestabilan harga.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong ksetabilan harga,” maklum Kementerian Kewangan.

Dalam pada itu, kerajaan turut memberi jaminan untuk terus mengambil langkah bersesuaian dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terjaga.

https://x.com/MOFmalaysia/status/1925143062722048359/photo/1