Perhatian! Harga RON97, Diesel Naik Sampai 3 Sen

LocalBusiness & Finance
21 May 2025 • 11:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Ada berita kurang baik kepada pengguna RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia!

Ini kerana harga RON97 dan diesel bagi Semenanjung masing-masing naik tiga sen seliter bermula 22 hingga 28 Mei 2025.

Sebaliknnya, harga runcit RON95 kekal tidak berubah pada RM2.05 seliter, manakala

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, harga runcit petrol RON97 naik sebanyak tiga sen seliter iaitu daripada RM3.07 kepada RM3.10 seliter, manakala harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.

MOF berkata, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turut naik sebanyak tiga sen iaitu daripada RM2.77 kepada RM2.80 seliter dan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan masih kekal pada paras RM2.15 seliter.

"Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved