Harga RON97, Diesel Di Semenanjung Turun 4 Sen

LocalBusiness & Finance
22 Oct 2025 • 8:03 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Harga RON97, Diesel Di Semenanjung Turun 4 Sen

KUALA LUMPUR — Harga runcit RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun 4 sen, iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.14 seliter dan RM2.89 seliter bagi tempoh 23 hingga 29 Oktober 2025.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia.

Menurut kenyataan itu harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

“Harga runcit bagi petrol RON95 tanpa subsidi kekal pada paras RM2.60 seliter,

“Manakala harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI95 kekal pada paras RM1.99 seliter ” menurut kenyataan itu.

MOF turut memaklumkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut MOF.