Harga RON97, Diesel Naik Bermula Esok Hingga 3 September

LocalBusiness & Finance
27 Aug 2025 • 7:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kementerian Kewangan telah mengumumkan harga runcit terkini bagi bahan api bermula esok, 28 Ogos hingga 3 September depan.

Berikut adalah harga runcit minyak terkini:

Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak RM0.03 kepada RM3.16 seliter;Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter;Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia naik sebanyak RM0.03 kepada RM2.88 seliter; danHarga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Harga ini akan mula dikuatkuasakan tengah malam ini sehingga pengumuman harga seterusnya daripada Kementerian pada hari Rabu depan, 3 September 2025.