Harga RON97, RON95, diesel kekal hingga 8 Mac

1 Mar 2023 • 6:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 1 MAC: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 2 hingga 8 Mac.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan RON97 kekal pada RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak global, kerajaan masih mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

MOF berkata kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved