Harga RON97, RON95 & Diesel Tanpa Subsidi Turun Mulai Esok

LocalBusiness & Finance
14 Oct 2026 • 8:54 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Harga RON97, RON95 & Diesel Tanpa Subsidi Turun Mulai Esok

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing turun sebanyak lima sen seliter, manakala harga diesel tanpa subsidi pula turun sebanyak 10 sen seliter bagi tempoh 15 hingga 21 Oktober 2026.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), harga baharu RON97 ditetapkan pada RM5.10 seliter berbanding RM5.15 sebelum ini, manakala RON95 tanpa subsidi turun kepada RM4.62 seliter daripada RM4.67 seliter. Harga diesel tanpa subsidi pula turun daripada RM5.27 kepada RM5.17 seliter.

Penurunan harga itu ditetapkan berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Menurut MOF, walaupun harga minyak mentah Brent kekal melebihi AS$100 setong, bekalan produk petroleum bertapis di pasaran serantau mula menunjukkan tanda pemulihan.

"China telah membenarkan semula eksport bahan api bagi Oktober, manakala Korea Selatan terus membekalkan produk petroleum bertapi ke pasaran serantau .

"Perkembangan ini membantu meredakan tekanan terhadap bekalan," katanya.

Image from: Harga RON97, RON95 & Diesel Tanpa Subsidi Turun Mulai Esok
Kredit: MOF

Bagaimanapun, konflik di Asia Barat yang semkain meluas, termasuk serangan di Arab Saudi pada minggu lalu, meningkatkan risiko gangguan bekalan dan kenaikan harga petroleum.

"Ketidaktentuan harga dijangka berterusan dalam jangka sederhana.

"Kerajaan MADANI akan terus melindungi rakyat dan perniagaan daripada kesan ketidaktentuan global ini.

Baca juga:

"Seperti diumumkan dalam Belanjawan 2027, kerajaan dijangka membelanjakan RM40 bilion bagi subsidi bahan api pada tahun hadapan," ujar MOF.

Tambahnya, langkah itu bertujuan menyokong pertumbuhan ekonomi serta menjamin kelangsungan mata pencarian rakyat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved