
Harga runcit RON97 diturunkan sebanyak 8 sen kepada RM3.16 seliter, RON95 tanpa subsidi sebanyak 6 sen kepada RM2.56 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 8 sen kepada RM2.94 seliter.
Menurut Kementerian Kewangan, harga itu berkuat kuasa bagi tempoh 25 Disember 2025 hingga 31 Disember 2025.
Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUD195 pula kekal pada RM1.99 seliter.
Begitu juga harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
BACA JUGA: Petronas Buka Peluang Jadi Pengusaha Stesen Minyak, Ini Syarat Permohonan
Kementerian itu berkata kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97,RON95 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan menyokong kestabilan harga.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan.
Sumber: Kementerian Kewangan
The post Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi & Diesel Di Semenanjung Turun appeared first on Siakap Keli.


