Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi, Diesel Di Semenanjung Turun

LocalBusiness & Finance
17 Dec 2025 • 7:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi, Diesel Di Semenanjung Turun

PUTRAJAYA — Harga runcit bagi RON97, RON95 tanpa subsidi masing-masing diturunkan sebanyak 2 sen dan 3 sen, termasuk diesel di Semenanjung turun 4 sen seliter.

Kementerian Kewangan Malaysia menerusi satu kenyataan berkata, penetapan harga runcit minyak itu berkuat kuasa bagi tempoh 18 Disember 2025 hingga 24 Disember 2025.

“Harga runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 3 sen kepada RM3.24 seliter. Manakala runcit petrol RON95 tanpa subsidi diturunkan sebanyak 2 sen kepada RM2.62.

“Bagi harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 4 sen kepada RM3.02 seliter,” maklum kenyataan itu.

Dalam pada itu, harga runcit petrol di bawah BUDI95 dan diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan masing kekal pada RM1.99 dan RM2.15 seliter.

Harga baharu itu ditetapkan seiring dengan peningkatan harga minyak dunia.

“Kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga.

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kementerian itu.

Sumber: Kementerian Kewangan 

 

The post Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi, Diesel Di Semenanjung Turun appeared first on Siakap Keli.