Lega, Semua Harga Minyak Turun 2 Sen Bermula 11 Dis-17 Dis Ini!

LocalBusiness & Finance
10 Dec 2025 • 7:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kementerian Kewangan mengesahkan  harga petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan Diesel di Semenanjung Malaysia turun 2 sen bermula 11 Disember hingga 17 Disember ini.

Ini bermakna, bermula esok, harga RON97 dijual pada RM3.27 seliter, manakala harga RON95 tanpa subsidi dijual pada harga RM2.64 dan harga diesel di Semenanjung Malaysia dijual kepada RM3.06.

Harga RON95 bersubsidi di bawah program BUDI95 terus dijual pada harga RM1.99 seliter, manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga kekal pada RM2.15.