Harga rumah diunjur naik antara 1.5% hingga 4% tahun ini - Juwai IQI
azan
03/07/2023 - 15:17
KUALA LUMPUR 3 Julai - Harga rumah diunjur meningkat antara 1.5% hingga maksimum 4% pada separuh kedua tahun ini berbanding tahun sebelumnya.
Pengasas Bersama Juwai IQI dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kashif Ansari berkata, unjuran itu adalah lebih realisitik berbanding unjuran kenaikan 25% oleh persatuan hartanah yang disifatkan sebagai 'telalu yakin'.
Persatuan Hartanah Malaysia (Pertama) dilaporkan berkata, harga hartanah akan meningkat sebanyak 25 peratus, terutamanya bagi rumah berharga RM500,000 dan ke atas tahun ini.
"Isi rumah mempunyai kemampuan kewangan. Inflasi jatuh, ekonomi berkembang kukuh, dan pekerjaan tinggi," katanya.
Beliau berkata, pengurusan berhemat Bank Negara Malaysia (BNM) dan inisiatif proaktif kerajaan telah menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang stabil dan kepada pasaran hartanah.

"Saya tidak fikir kebanyakan orang menyedari bahawa kadar pertumbuhan pada suku pertama 2023 (1QFY23) adalah jauh di atas paras purata para COVID.
"Secara keseluruhan, pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2023 mungkin berada antara 4% hingga 5%, walaupun persekitaran global tidak bertambah baik.
"Pertumbuhan kukuh dalam pekerjaan dan gaji memberikan isi rumah pendapatan yang mereka perlukan untuk berbelanja lebih. Ia juga membolehkan mereka melabur di rumah mereka sendiri sebagai hartanah pelaburan," katanya.
Kashif percaya, bahawa urus niaga pasaran hartanah kediaman akan bertambah baik separuh kedua tahun ini dipengaruhi beberaapa keadaan termasuk inflasi yang menurun dan kewangan isi rumah yang kukuh.
"2022 adalah tahun pertumbuhan bagi pasaran hartanah, dan kami percaya 2023 juga sama.
"Jumlah urus niaga nasional meningkat sebanyak 30% dan jumlah nilai urus niaga meningkat sebanyak 24% berbanding tahun sebelumnya," katanya.
Beliau berkata, prestasi kukuh pasaran kediaman dan keuntungan baru-baru ini telah menyebabkan hartanah tidak terjual di negeri-negeri di mana ia paling teruk menyusut.
Beliau berkata pasaran akan mendapat manfaat daripada hartanah tidak terjual yang semakin berkurangan.- DagangNews.com


